SERI TERBILANG | Page 26

11

Tidak cukup dengan pingat emas acara lontar peluru lelaki 13,Muhamad Aminuddin bin Mohd Kamal sekali lagi telah menyumbang pingat kepada pihak sekolah pada pagi ini.beliau telah memperoleh pingat emas dalam acara lempar cakera dan seterusnya memecahkan rekod lama kejohanan.

Pelajar SMKDSE ini mula meminati acara lempar cakera ini sejak dibangku sekolah rendah lagi.pada tahun lalu,beliau telah mewakili johor dalam acara lempar cakera ke MSSM.Beliau sering menunjukkan semangat yang kuat untuk mendapatkan pingat emas untuk sekolah.

Beliau telah memecahkan rekod lama kejohanan dengan lontaran sejauh 34.70M memperolehi rekod lama iaitu 33.20M.Jadi bertepatanlah dengan motonya iaitu "One Event,One Medal" yang telah dibuktikan pada acara ini.Beliau amat berterima kasih kepada jurulatihnya iaitu Muhamad Fitri bin Abu Hassan Ashari kerana telah memberi bimbingan sepenuhnya kepada beliau.