SERI TERBILANG | Page 2

2 Magazinein/January, 2012

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian YB Dato' Zulkurnain b Hj Kamisan, ADUN Seri Medan untuk hadir dan seterusnya merasmikan Kejohanan Padang dan Balapan SMK Dato' Syed Esa, kali ke-41 tahun 2015.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi, kejohanan balapan dan padang sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan pelajar sekolah. Ini adalah untuk memperlengkapkan lagi kecemerlangan sistem pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Dasar 1 Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Sebagaimana yang diketahui sekolah ini telah menjadi johan 14 kali MSSD, namun pada tahun lepas kita terpaksa akur dengan tempat kedua. Selain itu sekolah ini telah menggapai banyak anugerah kokurikulum.

Untuk itu, sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Zulkurnain b Hj Kamisan, ADUN Seri Medan, YDP PIBG serta para jemputan yang sudi hadir ke Majlis Perasmian Temasya Sukan Olahraga Tahunan kali yang ke-41, SMK Dato' Syed Esa.

SEKETIKA BERSAMA

Pn Hjh Faridah bt Kalam

Pengetua

SMK Dato' Syed