d'ARENA | Page 3

PERASMIAN MSSD 48 MERIAH

Y.B DATO NORAINI BT AHMAD telah merasmikan majlis MSSD ke 48 yang gilang-gemilang. Majlis yang bermula jam 2.45 petang itu disambut oleh En Ab rahim b Lamin, Pegawai Pendidikan Daerah, Timbalan PPD dan pegawai-pegawainya.

EN AB RAHIM B LAMIN

Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kesudian Ahli Parlimen Parit Sulong datang merasmikan MSSD ke-48. Beliau juga menyatakan bahawa inovasi telah dibuat pada inovasi MSSD kali ini. Penghasilan eBuletin dan Buku Program Online.

PENGETUA DAN GURU BESAR

Semua Pengetua dan Guru-Guru Besar turut hadir memeriahkan majis perasmian ini. Cuaca yang baik dan cerah

Majlis perasmian Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Batu Pahat ke-48 telah dapat dirasmikan dengan jayanya.Majlis yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Noraini binti Ahmad.Majlis perasmian itu telah dilengkapkan lagi dengan ucapan Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat,Tuan Haji Abdul Rahim bin Lamin.

Dalam ucapan beliau,Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana dijemput ke Majlis Perasmian kejohanan Balapan Dan Padang MSSD ke-48.Kejohanan ini berlangsung selama 4 hari dari 1 Mac hingga 4 Mac.Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 30 kontinjen Sekolah Menengah dan 8 Zon Sekolah Rendah yang bersemangat untuk menghantar atlet-atlet yang menyertai kejohanan ini .

Selain itu,Beliau juga mensasarkan Daerah Batu Pahat menjadi johan dalam MSSJ pada tahun ini. Dalam Kejohanan pada tahun ini,seramai 1605 atlet dari Batu Pahat menyertai Kejohanan Balapan dan Padang pada tahun 2015. Beliau mengutarakan tentang inovasi kejohanan pada tahun ini iaitu E-buletin dan keputusan kejohanan secara online.

d'ARENA / MAC 2015 3