d'ARENA | Page 7

7

Pengurus kontinjen SMK (P) Temenggung Ibrahim En. Mohd Faizal b. Hassan berkata, beliau amat berasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi tiga pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa didalam arena yang berprestij ini. Tambah beliau, suasana persekitaran sangat bersih dan meriah dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Motto TIGS ialah ‘Fokus dan Bersungguh-sungguh’, kata beliau yang membawa 44 atlet dan tiga orang guru ke stadium UTHM.

Pengurus Sekolah Menengah Sains Batu Pahat En. Mohd Halim b. Mohd Dom berkata, beliau menyatakan semua atlet dalam keadaan sihat walaupun cuaca sedikit panas. Beliau bersama 44 atlet dan tiga guru pengiring telah berjaya merangkul satu pingat perak. Motto pada kali ini iaitu ‘Pantas, Lincah, dan Bermegah-megah’, tambah beliau lagi.

Pengurus kontinjen SMK Tun Sardon En. Mohd. Huzaidy b. Hamdam berkata, syukur kepada ilahi kerana kesemua atlet masih dalam keadaan sihat dan selamat walaupun pada ketika ini meraka masih lagi merangkul satu pingat gangsa dalam acara 3000 meter. Tambah beliau lagi, suasana aman bak angin sepoi-sepoi bahasa yang seringan dengan pembesar suara yang sentiasa berkumandang untuk memanggil peserta atlet ke acara. Motto kontinjen iaitu ‘Tun Sardon POWER!!!’, tegas beliau.