d'ARENA | Page 5

MSSD

KE-48 BATU PAHAT

Encik Yusri bin Jarkasi

Pen. Pengerusi Teknik Balapan dan Padang Daerah Batu Pahat

Encik Yusri bin Jarkasi, nama yang tidak asing lagi di kalangan pengurus pasukan. Pegawai yang bertanggungjawab menyediakan buku pertandingan Balapan dan Padang , jadual pertandingan dan keputusan terkini setiap pertandingan.

Bermula tahun 2006, beliau memperkenalkan sistem pendaftaran secara online. Guru dari SMK Senggarang ini berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat. Dengan kemahiran yang ada, perisian yang dicipta berkaitan dengan acara balapan dan padang ini membolehkan beliau turut bertugas di unit yang sama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan dibantu seramai 13 orang juruteknik komputer daerah Batu Pahat serta 5 orang pelajar membolehkan tugasan yang dihasilkan begitu cemerlang sekali.

Semua buka pertandingan tidak dicetak pada kali ini. Ini adalah pembaharuan dan pendekatan baru yang telah diambil. Bahan boleh di akses oleh para jurulatih dengan meletakkan sumber capaian internet di beberapa lokasi di stadium UTHM ini. Dengan moto cekap, cepat dan tepat, beliau mengharapkan agar bahan dan keputusan pertandingan yang diterima dapat mempermudah tugasan di unit yang lain.