d'ARENA | Page 6

Pengetua SMK Dato’ Syed Esa Batu Pahat Pn. Hjh. Faridah bt. Kalam berkata, setakat ini beliau merasakan pada tahun persaingan begitu sengit dan masing-masing mahu buktikan kekuatan mereka. Bagi kontinjen SMKDE, mereka telah saban hari membuat persiapan rapi dan mantap untuk meghadapi kejohanan ini. Apa yang penting semua warga SMKDSE mesti member sokongan dan dokongan yang padu untuk memastikan kejayaan akan menjadi milik kita, tambah beliau lagi. Alhamdulilah, setakat ini kontinjen SMKDSE telah mendapat ranking tempat pertama dalam senarai kontinjen yang lain. Saya berharap mudah-mudahan para atlet dapat menunjukkan semangat yang tinggi.

Mantan Pengetua SMK Dato Syed Esa Batu Pahat Tn. Hj. Fauzan b. Sukimi berkata, beliau melihat pada kejohanan MSSD kali ini amat memuaskan dan ianya dapat berjalan dengan lancar. Bukan mudah untuk melakukan tugas-tugas sebegini jika seseorang itu tiada kepakaran didalam bidang ini, katanya lagi. Beliau juga menegaskan berita mengenai seorang pelajar yang meninggal dunia akibat strok haba semasa acara kejohanan sukan, namun begitu cuaca panas merupakan iklim yang biasa di negara kita Malaysia. Apa yang penting setiap atlet dapat menjaga kesihatan diri seperti sentiasa minum air secukupnya dan mencari tempat berteduh daripada sinar matahari.

Kita boleh mengesan tanda-tanda awal penyakit pada seseorang yang mempunyai masalah kesihatan dan ianya boleh dicegah dengan awal. Akhir sekali kepada atlet-atlet teruska usaha dan berjuang didalam arena sukan bagi melakar sejarah di dalam negara amnya dan luar negara khasnya, tambah beliau lagi yang merupakan seorang yang aktif dalam sukan badminton.

.

Pengurus kontinjen SMK Suria Perdana En. Mohd Hafiz b. Tukiman berkata, beliau sangat berpuas hati dengan kerjasama semua jawatankuasa dan atlet dapat memberi impak yang besar kepada peringkat MSSJ nanti. Semua atlet dalam keadaan sihat sejahtera. Motto SMK Suri Perdana ialah ‘Bersatu, Berusaha, Berjaya’ tambah beliau yang membawa 18 atlet dan mendapat satu pingat gangsa dalam acara lompat jauh.

.