d'ARENA | Page 2

JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA

ENCIK MASROM BIN AHMAD

Pada tahun in sekali lagi saya dipertanggung

-jawabkan mengetuai Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata. Tahun ke-2 menjalankan tugas yang sama menjadikan pengalaman lepas sebagai panduan bagi melicinkan perjalanan semasa menguruskan pemberiah hadiah kepada peserta. Beliau turut dibantu leh 6 guru dan 4 murid yang dedikasi.

Cabaran utama jawatankuasa ini adalah semasa mengumpulkan kembali hadiah dan piala pusingan samada dari sekolah-sekolah atau cawangan-cawangan. Hadiah atau piala yang telah diterima pula perlu dibaik pulih dan diceriakan semula untuk disampaikan kepada penerima yang baharu tahun ini.

Harapan saya, semua penerima hadiah atau piala bagi kejohanan MSSDBP kali ini dan seterusnya dapat menjaga hadiah tersebut dengan cermat. Saya juga berharap agar setiap jawatankuasa memainkan peranan masing-masing dalam memantapkan lagi perjalanan kejohanan kali ini.

Kepada pengurus pasukan peringatkan kembali kepada para atlet agar menjaga disiplin diri. Dilarang membuang sampah dimerata tempat. Begitu juga ketika di masjid, para atlet dilarang untuk berehat apatah lagi tidur di ruang solat. Ini kerana pihak UTHM telah membuat teguran beberapa kali tentang isu kebersihan dan penggunaan masjid. Pengurus juga pelu memantau di lokasi bas kontinjen dihentikan untuk menurunkan para atlet. Bas hendaklah berhenti di tempat yang telah disediakan.

Akhir kata dari saya, semoga kejohanan MSSDBP kali ke-48 ini akan berakhir dengan jayanya. Insyaallah.

Sejenak Bersama ...