d'ARENA | Page 2

Sejenak bersama...

ENCIK ISMADI BIN BANI

Penyelia Kanan Sukan,

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat

Merangkap Setiausaha Kejohanan Balapan dan Padang, MSSD Batu Pahat Kali ke-48

‘Pengalaman bermula dari belajar’, itu perumpamaan yang sesuai untuk Encik Ismadi bin Bani kerana kejohanan ini adalah yang pertama bagi beliau sejak menjawat jawatan di PPD Batu Pahat sebagai Penyelia Kanan Sukan.

Selaku setiausaha, kerja-kerja awal sebelum kejohanan telah dijalankan seperti mesyuarat penyelarasan, mesyuarat pengelolaan, mesyuarat kepada pengurus pasukan dan juga acara raptai bagi melicinkan perjalanan kejohanan ini kelak.

Menggalas tugas dengan kehendak semasa, menunaikan hasrat Pegawai Pendidikan Daerah yang menginginkan agar berita kejohanan kali ini dapat diakses oleh semua individu menggunakan gajet semasa, maka wujud e-Buletin yang mentransformasikan cara berita disampaikan dan dapat menjimatkan kos.

Beliau berharap agar kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar dan tiada kecederaan major pada atlet. Seterusnya, berharap agar pasukan Batu Pahat yang bakal dibentuk untuk MSSJ kelak dapat memenuhi sasaran johan keseluruhan. Di samping itu, beliau berdoa agar cuaca yang baik berterusan sehingga hari terakhir kejohanan.