d'ARENA | Page 5

3

ng yong jie pecah rekod

lembing

Rejaman sejauh 57.06 M membolehkan Ng Yong Jie daripada SMK Tinggi Batu Pahat dinobatkan sebagai juara sejurus memecahkan rekod lama kejohanan iaitu sejauh 48.00 M. Sejak rejaman pertama lagi beliau sudah menunjukkan kesungguhan untuk menggenggam kejuaraan. Dibimbing sepenuhnya oleh jurulatihnya yang dikenali sebagai Encik Sunny dan Encik Ali yang sentiasa memberi kata-kata semangat dan dorongan. Ng Yong Jie berharap akan meneruskan minatnya dalam bidang olahraga dan berharap bakatnya terus bersinar pada masa akan dating. Beliau sentiasa berpagang teguh pada motonya iaitu “ Practice Make Perfect”.