d'ARENA | Page 9

Pengurus kontinjen SMK Tunku Putra Batu Pahat Tn. Hj. Halid b. Sayadi, 59 berkata beliau cukup kagum dengan suasana kejohanan yang berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Beliau bersama 44 atlit dan sembilan guru telah berjaya memperolehi dua pingat gangsa dan kini memburu pingat emas. Harapan beliau agar motto ‘SATU – Sedia Amal Tumpu Ulang’ akan menjadi semangat kepada atletnya untuk mendapatkan satu pingat emas. Untuk makluman pelajar SMKTP, Mohd Syazrul b. Mohd Sani telah bergelar Heptathlon didalam MSSD ini.

Pengurus kontinjen SMK Tunku Mahmood Iskandar En. Azril b. Hanif berkata, beliau bersama 32 atlet dan 6 orang guru telah bekerja keras dari awal tahun untuk mendapat pingat emas pada ini. Namun kini, atlet mereka hanya memperolehi satu pingat perak dan satu pingat gangsa, bagaimanapun perjuangan tetap diteruskan untuk memburu pingat emas. Keadaan stadium agak baik tetapi cuaca agak panas Tambah beliau lagi, disiplin pelajar dan atlet amat baik dan cemerlang. Motto kontinjen beliau ialah ‘Attitude is Everything, Luaskan Kuasamu’ tegas beliau lagi.

Pelajar UiTM Melaka Cik Siti Hajar bt. Ghazali yang kini menjalani praktikum di Unit Sukan UTHM memberi respon mengenai kejohanan MSSD yang kini berlangsung masuk hari ke-3. dimana stadium tertutup amat sesuai untuk acara kejohanan ini. Walaubagaimana pun, kejohanan ini berjalan dengan lancar dan baik. Sukan merupakan suatu bidang yang penting pada negara, kerana ianya dapat mengharumkan nama negara seperti Datuk Lee Chong Wei Jaguh No.1 badminton dan Datuk Nicol David dalam acara Squash serta sukan-sukan yang lain lagi yang berprestij, tambah beliau lagi.

Jawatankuasa JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) dibawah kelolaan UTHM diketuai oleh En. Rohaizam b. Mohd Yatim, beliau baru bermula bertugas pada hari bersama rakan-rakan yang lain dan insya-Allah kami anggota JPAM akan melakukan tugas secara professional mungkin terhadap atlet-atlet MSSD ini khasnya. Saya rasa bertuah kerana telah dipilih untuk berugas di kancah arena ini dan ianya amat membanggakan saya serta rakan-rakan yang lain. Saya berharap kepada atlet-atlet agar membuat persiapan awal sebelum mengambil acara dan pastikan badan fitness dan sihat tanpa sebarang penyakit. Tambah beliau lagi, motto semangat bagi skuad JPAM ialah "Sedia Pantas Berintegriti" tegas beliau bagi mengakhir temubual.

JPAM TURUT MEMBANTU