d'ARENA MSSD BP 1 | Page 6

TN HJ MOHD SALLEH B MOHD NOOR

PENOLONG PPD UPK

Assalammualaikum dan salam sejahtera, pada tahun ini sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk menguruskan kejohanan MSSD dan sudah tentu ianya merupakan satu tugas yang amat mencabar kerana kejohanan kali ini dijalankan dalam cuaca agak panas ketika ini dan stadium UTHM sekali lagi dijadikan venue untuk kejohanan ini.

Sehingga kini, saya berpuas hati dengan perjalanan kejohanan dan pada tahun ini MSSD telah membuat satu tranformasi dari sistem pencetakan kepada sistem e-Buletin yang akan dimuat turun dalam telefon pintar. Sistem ini dilaksanakan sebagai langkah untuk menjimatkan kos cetakan dan mudah diakses.

Selain itu, segala surat-menyurat dan buku program boleh dimuat turun dalam laman web yang telah disediakan oleh pihak penganjur serta segala keputusan terkini kejohanan akan terus diketahui oleh umum melalui kaedah tersebut. Pada tahun ini juga pihak kami telah menyediakan dua khemah besar untuk atlet muslim untuk menunaikan solat lima waktu dengan selesa.

EKSKLUSIF BERSAMA...

oleh: Ibrahim