D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 13

Sementara itu, Ketua Pegawai Pendidikan (KPPD) Daerah Batu Pahat, Encik Md. Said bin Md. Daimon, dalam ucapannya, melahirkan keyakinan bahawa setiap pasukan akan bersungguh-sungguh bertarung dalam kejohanan ini, sebagai persediaan Batu Pahat yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ.

Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada YB Ab. Aziz bin Kaprawi yang sudi hadir merasmikan kejohanan ini, di samping pihak UTHM yang menyediakan tempat dan orang ramai yang memeriahkan kejohanan ini.