D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 12

Sederhana namun tetap meriah. Itulah gambaran tentang Kejohanan Padang dan Balapan MSSD pada kali ini. Itu juga gambaran yang tepat untuk majlis perasmian kejohanan yang disempurnakan oleh YB Ab. Aziz bin Kaprawi semalam.

Majlis perasmian yang diisi dengan perbarisan statik kontinjen, tetap meriah dengan kehadiran orang ramai. Turut memeriahkan majlis ialah kehadiran bekas-bekas atlet MSSD yang membawa bendera kejohanan dan perbarisan bekas-bekas pegawai dan jurulatih MSSD.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Ab. Aziz bin Kaprawi menyatakan bahawa kojohanan seperti ini sememangnya menjadi wadah untuk para atlet menunjukkan bakat dan kebolehan mereka, yang selari juga dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Menurut beliau, penglibatan sepenuh komitmen oleh atlet-atlet ini akan menjadi benteng daripada aktiviti kurang sihat.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola dalam menjayakan kejohanan kali ini. YB Ab. Aziz bin Kaprawi turut menyeru semua pihak yang terlibat agar menjayakan kejohanan ini dengan semangat berpasukan dan saling bekerjasama.

Temasya Kejohanan Yang Sederhana namun tetap meriah