D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 8

mampukah smkdse mengekalkan kejuaraan?

Mengimbau kembali kejayaan juara-juara MSSD Batu Pahat yang telah berlangsung selama 50 tahun ini, SMKDSE telah menjadi juara selama 13 tahun berturut-turut dari 2002 sehingga 2013 adalah satu pencapaian yang amat cemerlang. Namun, pada tahun 2014 dan 2015 kejayaan sekolah ini telah dirampas oleh SMKSG selama dua tahun.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat dan kegigihan mereka untuk merebut kembali takhta juara pada tahun 2016, bak kata pepatah, “yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang”. Namun, mampukah sekolah ini mengekalkan takhta kejuaraan bagi tahun ini?

Pelbagai bentuk strategi disusun untuk melahirkan dan membentuk para atlet yang mampu mengukir kejayaan. Menurut Ketua Kontinjen merangkap GPK Kokurikulum SMKDSE, Tn. Hj. Ahmad Fadhil bin Yaani, cabaran sangat sengit dari sekolah-sekolah dari daerah Batu Pahat terutama daripada pesaing terdekat iaitu dari SMKSG. Beliau berharap agar para atlet dapat melakukan yang terbaik setelah berusaha gigih selama ini.