D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 3

Majlis Perasmian Jubli Emas MSSDBP meriah!!!

Kejohanan Padang dan Balapan MSSD ke-50 , telah dirasmikan oleh YB Datuk Ab Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, dengan melepaskan seratus biji belon dan gegantung sempena jubli emas, bertempat di stadium UTHM petang ini.

Sebelum itu, sekumpulan bekas atlet MSSD turut membuat larian di trek sebagai gimik majlis perasmian dengan membawa bendera kejohanan.

Majlis perasmian yang turut dihadiri oleh wakil UTHM dan pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar ini dimeriahkan dengan perbarisan atlet yang disertai oleh 31 kontinjen sekolah menengah dan 8 kontinjen sekolah rendah bagi MSSC. Turut terlibat juga kumpulan pancaragam dari SMK Tinggi Batu Pahat.

Lebih menarik lagi, perbarisan turut disertai pasukan yang membawa bendera sempena jubli emas Kejohanan Padang dan Balapan MSSD ini, di samping pelajar-pelajar SM Sains Batu Pahat yang membawa 50 baju T pegawai kejohanan yang digunakan sepanjang 50 tahun ini.

Temasya sukan yang akan berlangsung selama empat hari ini, akan diisi dengan 817 acara, dengan melibatkan 31 sekolah menengah dan 8 Cawangan bagi MSSC.