D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 20

EMAS PERTAMA HARI INI

Emas pertama dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSD ke-50 diraih hari ini oleh SMK Senggarang, menerusi atletnya Nurain Binti Abd. Rahman dalam acara 500m jalan kaki P18, dengan catatan masa 37m 32.0s.

Lebih manis, sekolah yang sama turut meraih pingat gangsa menerusi Atiqah Binti Ibrahim, dengan catatan masa 37m 52.0s, manakala pingat gangsa dimenangi oleh Nur Syahidatul Naziha Binti Sahrul Nizam dari SMK Seri Medan dengan masa 38m 54.0s.

Sementara itu, dalam acara lompat kijang, Nur Fatin Najiha Mohd Aziz dari SMK Seri Gading mendapat tempat pertama dengan catatan 9.75m, tempat kedua diraih oleh Tan Jie Man dari SMK Convent dengan catatan 8.77m dan peserta dari SMK Tun Ismail, Trie Ayuni Saidatunisa merangkul tempat ketiga dengan catatan 8.43m.