D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 13

Murugayan Kumaresan telah dilahirkan pada 13 Januari 1967 di Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan penunggang basikal trek negara. Beliau kini telah berpencen dan pernah mewakili Malaysia di dua Kejohanan Olimpik berturut-turut, iaitu pada tahun 1988 di Seoul, Korea Selatan dan di Barcelona pada tahun 1992.

Choo Wen Yan dilahirkan pada tahun 1993 dan mula melibatkan diri dalam bidang menembak dan berlatih pada tahun 2008. Beliau mula menyertai pertandingan menembak pada tahun 2009. Beliau telah membuktikan kehebatannya apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 10 meter Pistol Air Individu lelaki pada hari ketiga Kejohanan Menembak Kebangsaan di Lapang Sasar Subang. Atlet kelahiran Batu Pahat berusia 22 tahun itu membidik 200.5 mata, 0.1 mata daripada rekod terdahulu yang dicipta rakan sepasukannya, Eddy Chew yang juga penembak kebangsaan pada 2013.