D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 12

Kelly Tan dilahirkan 26 Oktober 1993 dan berasal dari Batu Pahat. Beliau adalah pemain golf profesional Malaysia yang bersaing di LPGA Tour. Kelly Tan antara beberapa orang pemain golf Malaysia yang telah mencetus gelombang dalam peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kelly telah bermain golf sejak dia 12 tahun di mana dia telah disokong oleh ibu bapanya. Kelly ialah seorang yang sangat aktif. Selain golf, dia juga bermain bola tampar dan bermain gitar. Apa yang membuat pencapaian-pencapaiannya sangat luar biasa ialah dia berkelayakan untuk menyertai pertandingan ini dalam percubaan pertamanya.

Dalam kejohanan setempat, sebagai peserta amatur, Kelly Tan telah mempamerkan kebolehannya dengan menamatkan T13 di Final Qualifying Tournament pada musim LPGA Tour 2014. Selain itu, Kelly adalah pemenang 3 kali Ladies Open Malaysia yang dianggap sebagai satu kejayaan cemerlang.

Beliau melangkah ke Sukan SEA Myanmar 2013 dan berkelayakan untuk LPGA Tour .Beliau yang merupakan penerima biasiswa di bawah Sime Darby Foundation melanjutkan pelajarannya di IMG Academy, sebuah akademik berprestij di Florida di Amerika Syarikat, dan berlatih dengan jurulatih Australia, Ian Triggs. Setelah meninggalkan Sukan SEA, dia bersedia menambahkan kejuaraan dengan menerajui pasukan Malaysia bagi Putra Cup di Filipina.