D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 9

Cuaca yang tenang hari ini berlangsungnya acara lompat tinggi yang menjadi tumpuan atlet-atlet kurus dan tinggi lampai. Bagi acara lompat tinggi P14 seramai 13 orang peserta menyertai acara ini. Ketiga-tiga pemenang ini melompat dengan ketinggian yang sama iaitu 1.33 meter. Pemenang tempat pertama bagi acara ini merupakan atlet dari SMKSGR iaitu Teh Yin Xuan dan tempat kedua pula dimenangi oleh atlet dari TIGS yang bernama Gan Pei Yun. Manakala, tempat ketiga menjadi milik atlet dari SMKDSE iaitu Nur Hazirah Tan binti Kamarul Ariffin.

Kemudian acara lompatan seterusnya disambung dengan atlet L18 seramai 18 orang. Pingat emas acara ini disandang oleh Muhammad Hamizan Aniq bin Harizan atlet dari SDBL dengan ketinggian lompatan 1.83 meter. Manakala, pingat perak pula menjadi milik atlet dari SMKSGR iaitu Nor Irsyaduddin bin Mohamad Yusof menyamai ketinggian dengan pemilik pingat gangsa iaitu 1.68 meter iaitu Adrian Yap Yu Qian atlet dari SMKDSE

.

lompat setinggi langit