D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 7

.

Pagi tadi dua rekod baharu telah dicipta dalam acara lempar cakera dalam kedua-dua bahagian. Mereka adalah atlet L15 dari SMKDSE dan P14 dari SMKDM. Kedua-dua atlet ini melahirkan rasa bangga dan gembira kerana berjaya mencipta rekod baharu dalam kejohanan ini.

Muhammad Aminuddin bin Mohd Kamal telah merekod balingan sejauh 43.28 meter menerusi balingan kelima. Imbas kembali kejohanan-kejohanan lalu, beliau telah mencatat rekod peribadi pada tahun 2016 iaitu 12.27 meter dalam acara lontar peluru. Manakala, dalam acara lempar cakera pula mencatat rekod 34 meter pada tahun 2015. Kata-kata semangat yang sering menjadi dorongan beliau untuk terus berjaya dan mencipta rekod adalah “buat selagi mampu, jangan putus asa”.

Atlet P14 dari SMKDM ini menjadikan atlet Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sebagai idola dan inspirasi kejayaan. Menurut beliau lagi, usaha, gigih dan yakin dengan kebolehan diri sendiri amat penting dalam mencapai kejayaan pada hari ini walaupun tempoh latihan hanya lima minggu sahaja. Atlet Nurul Hizatul Natasha binti Kamal telah membuat balingan sejauh 18.97 meter ini telah menerima bimbingan daripada Cikgu Zulhilmi dan menerima dorongan dari Cikgu Amin.

Pemilik pingat emas ini bernama Nur Ibda Irdina binti Ibrisyam bagi acara 80 meter larian berpagar acara P12 telah berjaya memecahkan rekod MSSD iaitu 15.31 saat