D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 7

Kejohanan hari kedua menunjukkan persaingan yang semakin sengit kepada semua peserta. Ramai penyokong hadir untuk memberikan sokongan dan membakar semangat atlet-atlet pilihan mereka.

Suasana stadium menjadi riuh-rendah dengan suara penyokong dan pukulan gendang pada waktu petang kerana rata-rata penyokong merupakan pelajar sekolah dan menunggu tamat waktu persekolahan untuk hadir ke stadium UTHM untuk memberikan sokongan.

Ibu bapa juga tidak ketinggalan turut hadir untuk memberikan semangat dan menyokong anak-anak mereka. Walaupun dalam keadaan panas, mereka sanggup berada di tepi padang untuk melihat aksi anak-anak mereka.

Diharapkan untuk sidang kelima hari ini, cuaca berada dalam keadaan baik untuk para atlet kita meneruskan perjuangan mereka

gegak gempita