D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 4

SEGA

Setakat 9.00 pagi ini, SEGA telah mendahului dengan pungutan pingat sebanyak 13 emas, jauh meninggalkan sekolah-sekolah lain. Adakah mereka akan menjadi juara? Namun mereka belum boleh lagi menarik nafas lega. Sekolah-sekolah lain, terutama SMKDSE sebagai juara bertahan, terus mengejar dan berusaha menambah pungutan pingat emasnya. Di belakang SMKDSE dengan sembilan pingat emas, SM Cina Hwa Jin sedang mengejar dengan pungutan sebanyak tiga emas.

Menurut Jurulatih SEGA, Encik Ab. Rashid bin Abd. Rahman, 52, yang ditemubual pagi ini, strategi mereka untuk kejohanan tahun ini adalah mementingkan latihan yang berterusan di samping mengimpikan menjadi johan buat kali yang ke-3.

Walaupun beliau gembira dengan keputusan setakat dua hari ini, namun kejohanan yang masih berbaki hari ini dan esok, dilalui dengan penuh debaran. Beliau mengakui kedua-dua buah sekolah mempunyai kekuatan masing-masing, walaupun tidak menafikan kelebihan SEGA dalam acara balingan dan lompatan.

Beliau sentiasa mengingatkan atlet agar berpegang kepada dua perkara penting iaitu usaha dan matlamat yang jelas untuk meraih kejayaan.

Sementara itu, sebagai juara bertahan, SMKDSE masih positif dan meletakkan harapan untuk mengekalkan kejuaraannya.

“Walaupun SEGA sudah memintas kami, perjuangan akan diteruskan sehingga ke titisan terakhir, “ ulas jurulatih SMKDSE, En. Mohd. Aznur Fahmy bin Rosli, 32.

Berbekalkan latihan yang terancang dan konsisten, penuh fokus dan berdisiplin, beliau yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh atlet-atlet di bawah bimbingannya.

Apapun keputusannya, kita tunggu sehingga acara akhir esok.