D'ARENA BP MSSD KE 50 | Page 3

Fuhh!!! Letihnya semalam menyusun berita. Sambil menyiapkan beberapa berita, kami berbahas tentang kulit depan yang sesuai, berita yang ingin dikeluarkan, gambar-gambar yang ingin disusun masuk. Semuanya ingin hasil yang terbaik. Tidak SAMBALEWA. Perkataan apakah itu? Sambal barukah? Ha… Ha… Menurut kamus dewan maksudnya ialah tidak sungguh-sungguh atau sambil lewa. Ya Bahasa Jiwa Bangsa. Hidup ini perlu matlamat untuk elak sambalewa. Walau apapun pastinya usaha kerana ALLAH. Agar kerja mendapat barokah.

Begitu juga dengan setiap kontinjen sukan di sini. Masing-masing berusaha tidak sambalewa mengejar pingat emas untuk menjadi yang teratas. Hari kedua semalam hari yang mendebarkan bagi sekolah yang telah diatasi dengan pingat emas yang banyak. Mampukah bangkit semula. Ayuh! JANGAN SAMBALEWA